PENGURUSAN JENAZAH LENGKAP

KHIDMAT PENGURUSAN JENAZAH LENGKAP RM1,500.00

* BANTUAN NASIHAT 
- Bantuan nasihat kepada waris berkaitan praktikal, pengurusan jenazah yang mengikut hukum syarak. 

* BANTUAN DOKUMENTASI 
- Bantuan kepada waris dalam menyediakan dokumen–dokumen berkaitan seperti sijil kematian atau borang tuntutan.

* MEMANDIKAN JENAZAH 
- Urusan memandikan jenazah akan dilakukan oleh wakil Darul Jenazah. Peralatan memandikan jenazah akan disediakan jika diperlukan. (Keutamaan akan diberikan untuk waris bersama–sama memandikan jenazah) 

* MENGKAFANKAN JENAZAH
- Urusan mengkafankan solat akan dilakukan oleh wakil darul jenazah. Peralatan mengkafankan jenazah akan disediakan. (Keutamaan akan diberikan untuk waris bersama–sama mengkafankan jenazah) 

* SOLAT JENAZAH
- Wakil Darul Jenazah akan mengimamkan solat jenazah tetapi laluan akan diberikan kepada waris atau imam tempatan dahulu. 

* KHIDMAT VAN JENAZAH 
- Perkhidmatan Van Jenazah akan disediakan bagi segala urusan penghantaran jenazah seperti dari hospital ke rumah atau dari rumah ke tanah perkuburan. (PERCUMA SELURUH MALAYSIA)
- Untuk yang bukan ahli Darul Jenazah, pihak Bumijez juga menyediakan perkhidmatan Van Jenazah 24 Jam ke Seluruh Malaysia dengan bayaran mengikut lokasi dan harga semasa. 


* PENGKEBUMIAN JENAZAH 
- Wakil Darul jenazah akan memastikan semua urusan berkaitan penggalian kubur berjalan lancar. Proses pengkebumian jenazah juga akan dipastikan sempurna. 

* BACAAN TALKIN 
- Wakil Darul jenazah akan membacakan doa talkin tetapi laluan akan diberikan kepada waris atau imam tempatan dahulu.

Nota : RM1,500 DIBERI KEPADA WARIS JIKA JENAZAH BUKAN DIURUSKAN DARUL JENAZAH.
http://bit.ly/JOINVIP