BADAL HAJI
PERKHIDMATAN BADAL HAJI
Badal Haji adalah haji yang ditunaikan oleh seseorang untuk orang lain menurut syarat-syarat tertentu. Badal Haji merupakan khidmat tambahan DJ kepada Pendeposit. DJ akan membuka pendaftaran Badal Haji bermula pada bulan Rejab setiap tahun. Proses pendaftaran Badal Haji boleh dibuat di semua pejabat cawangan DJ. Tarikh sebenar pendaftaran akan dimaklumkan kelak. Permohonan pendaftaran adalah terhad kepada 2000-3000 orang sahaja (di seluruh negara). Pendaftaran adalah secara terbuka dengan konsep yang dahulu di dahulukan.
Bayaran pendaftaran Badal Haji ialah RM3,000.00 untuk satu permohonan. DJ akan mendebitkan amaun bagi bayaran tersebut dari Akaun DJ pemohon. Sebagai tanda penyempurnaan ibadat Badal Haji ini DJ akan memberi hadiah barangan Badal Haji iaitu : Sijil, Kopiah, Sejadah, Tasbih dan Kain Tudung (Wanita) selepas selesai operasi haji tahun semasa.
Untuk makluman, permohonan Badal Haji bagi musim haji 1439H/2018M akan dibuka pada Selasa, 27 Mac 2018 bersamaan 9 Rejab 1439H. Permohonan boleh dilakukan di mana-mana kaunter cawangan DJ yang berhampiran.
Badal Haji
Orang Muslim yang hendak menunaikan Haji bagi orang lain perlulah mengikuti syarat-syarat yang
Haji Badal atau Haji Niyabah (Haji Gantian) ialah sejenis Haji yang ditunaikan oleh seseorang untuk orang lain menurut syarat-syarat yang tertentu. Ia khusus dilaksanakan demi mereka yang Muslim yang sepanjang hidupnya atau hayatnya merupakan seorang yang berkemampuan (dari segi kewangan) untuk melaksanakan Haji, tetapi dari segi batiniah (badannya) ia terlau tua atau uzur sehingga dia tidak ada harapan lagi untuk menunaikan Haji di Makkah.
Oleh yang demikian, orang Muslim yang begini perlulah menginfakkan sedikit hartanya untuk menunaikan Haji bagi dirinya tetapi ibadah Haji itu dilaksanakan oleh orang lain yang berkemampuan dari aspek fizikal, rohani dan jasmani.
Syarat Haji Badal
Orang Muslim yang hendak menunaikan Haji bagi orang lain perlulah mengikuti syarat-syarat yang berikut:
- Terlebih dahulu, dia telah menunaikan Haji untuk dirinya sendiri dengan sempurna dan tiada perasaan was-was terhadap ibadah Hajinya yang terdahulu.
- Hanya menunaikan Haji untuk seorang sahaja pada sesuatu musim Haji.
- Ia hendaklah berniat ihram, lantas berihram sama ada: di Miqat orang yang hendak dihajikannya atau; di Miqat yang sama jauh dengn Miqat orang yang hendak dihajikan olehnya atau; di Miqat yang telah ditentukan kepadanya oleh penyuruh pelaksanaan Haji, tetapi jika segala di atas tidak ditentukan kepadanya, bolehlah baginya berihram di mana-mana Miqat yang dirasakan mudah baginya.
- Orang yang yang menunaikan Haji Badal perlulah seorang yang telah akil baligh.
Ganjaran menunaikan Haji Badal
Seseorang yang menunaikan Haji Badal untuk orang lain ikhlas kerana Allah akan mendapat pahala Haji atau suatu ganjaran yang berlipat kali lebih besar dari itu dengan izin Allah Taala.
Nota: Penyuruh pelaksanaan Haji Badal perlulah memberikan wang sokongan serta pembiayaan pergi Haji kepada orang yang akan melaksanakan haji buatnya.